Segar mata anak dan suami bila anda hidangkan menu menarik ini depan mata waktu pagi. Barulah kreatif kan? Resepi kali ini adalah Crepe Strawberi dan Kurma yang pastinya mudah untuk disediakan.

Strawberi dan Kurma kaya dengan vitamin C dan salah satu fungsi vitamin C adalah untuk meningkatkan ketahanan tubuh badan. Dan menariknya, masa terbaik untuk mengambil vitamin C semasa berpuasa adalah sewaktu bersahur dan berbuka.

Ha, tunggu apa lagi. Jom sihatkan keluarga anda dengan menu ini:

Bahan-bahan

2 Cawan Strawberi yang dibekukan

2 Cawan hirisan Strawberi

2 Sudu besar gula

2 Sudu besar mentega dicair 

2 Cawan Farm Fresh Milk Kurma

1 Sudu kecil esen vanilla

½  Sudu kecil garam

1 ½  Cawan tepung serbaguna

2 Biji telur

Cara penyediaan

Masuk kesemua bahan (kecuali strawberi beku) ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga sebati. Panaskan kuali dalam suhu sederhana. Tuangkan ½  cawan adunan ke dalam kuali dan ratakan sehingga adunan nipis. Masak sehingga warna menjadi perang, selama 1 minit. Terbalikkan dan masak selama 30 saat.

Sementara itu, kisar strawberi yang telah dibekukan sehingga menjadi puri. Letakkan puri strawberi tersebut ke atas crepe dan gulungkan. Siap untuk dihidang.

Mudah sajakan penyediaan Crepe Strawberi dan Kurma ni? Untuk memudahkan anda, pada waktu malam sediakan adunan lebih awal. Esok pagi, masak dan gulungkan je. Oh ya, jangan lupa beli bahan-bahan ni di pasaraya Giant berdekatan. Selamat mencuba!