Kalau di Johor, Kacang Pool ni adalah antara menu paling famous! Eh, sebelum tu, Kacang Pool tu apa?

Ia adalah makanan yang berasal daripada Timur Tengah dengan pengaruh Arab. Perkataan ‘pool’ itu sendiri diadaptasi daripada bahasa Arab iaitu ‘fhoul’ iaitu kacang parang yang merupakan ramuan utama hidangan ini. Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Bahan-bahan

1 Tin kacang panggang (dikisar halus)

1 Tin kacang parang (dikisar kasar)

300g Daging cincang

10 Biji bawang merah, dicincang

4 Biji bawang putih, dicincang

1 Inci halia, dicincang

1 ½  Sudu besar serbuk kari daging

4 Sudu besar mentega Anchor

2 Cawan Air

Gula & garam secukup rasa

Topping

1 Biji telur  (digoreng)

1 Biji bawang besar dicincang

Limau kasturi

Baguette

Cara penyediaan

Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar bersama bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan sedikit air sehingga ia menjadi pes. Panaskan mentega dan campurkan pes sehingga naik bau. Masukkan daging cincang sehingga ia berubah warna. Tuangkan air, dan masukkan kacang panggang dan kacang parang yang telah dikisar. Masak sehingga ia pekat tambah garam,gula dan lada hitam secukup rasa. Hidangkan ke dalam mangkuk bersama telur goreng , bawang , limau kasturi dan roti baguette.

Kacang Pool ni selalu dimakan bersama roti dan telur mata. Apa yang anda perlu lakukan adalah cicah roti dengan telur mata dan gaul bersama kacang pool. Untuk menambah selera, perahkan sedikit limau nipis dan makan bersama hirisan bawang. Terbaik!

Jom shopping bahan-bahan memasak ni di pasaraya Giant! Semua ada di sana.