Hari-hari makan nasi putih pun bosan kan? Menu kali ini sesuai untuk anda yang memang gemarkan makan nasi. Tidak salah nak makan nasi hari-hari, tapi sukatan tu perlu berpada-pada tau. Giant ingin kongsikan resepi Nasi Butter Herba khas buat pembaca semua.

Eh, tak susah! Bahan-bahan yang diperlukan agak banyak namun cara penyediaanya mudah sahaja. Macam masak nasi goreng je. Tak percaya, jom lihat!

Bahan-bahan

2 Cawan beras Basmati

2 Cawan air

1 Cawan susu sejat

3 Bawang besar, dihiris halus

1/2 batang serai diketuk

5g Serbuk cili

5g Serbuk Kunyit

1 ½  Sudu kecil serbuk ketumbar

5g Sudu kecil serbuk Jintan Manis

20g Pes halia

30g Pes bawang putih

25g Buttercup

25g Minyak Masak

Daun ketumbar & daun pudina dicincang halus

Cara penyediaan

Masuk minyak dan butter ke dalam periuk yang telah dipanaskan. Tumiskan bawang, halia dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan kulit kayu manis, serai, serbuk kunyit,serbuk jintan, jintan manis dan serbuk ketumbar dan masak sehingga keperangan. Masukkan beras dan sebatikan dengan campuran tadi.Tuangkan air dan susu sejat, garam secukup rasa. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak dalam suhu api yang perlahan. Gaulkan nasi dan siap untuk dihidang bersama hirisan daun ketumbar atau daun pudina.

Nasi Butter Herba ni sesuai digandingkan dengan kari ayam, atau daging kuzi. Mana yang pening atau tak tahu nak beli bahan-bahan masakan di mana, pergi je ke pasaraya Giant. Semua ada di sana! Selamat masak!