Cuba Resepi Klasik Ini! Variasi Hidangan Ketika Bersahur

Tak perlu pergi jauh-jauh sampai ke Melaka untuk makan ikan bakar portugis sebab anda hanya perlu menggunakan bahan yang mudah untuk menyediakan hidangan ini. Sebagai seorang isteri anda mesti inginkan variasi dalam hidangan yang dimasak, jadi apa kata anda cuba resepi di bawah.

Jangan terkejut kalau ada yang request untuk menu yang sama esok,hiks!

Bahan-bahan

500g Ikan kembung

1 Sudu besar minyak masak

1 Biji bawang merah (dihiris bulat)

1 Paket Awang Brand Pes Ramuan Asas Ikan Bakar Portugis

1 Sudu kecil CSR Gula Perang

Lada hitam secukup rasa

Aluminium foil

Cara penyediaan

Panas minyak dalam kuali dan tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian, masukkan pes dan masak sehingga pecah minyak. Bungkus ikan dengan aluminium foil dan panggang di atas kuali selama 14 minit.  Selepas ikan siap dipanggang, buka bungkusan aluminium foil. Tuangkan pes yang telah siap dimasak tadi ke atas ikan dan siap untuk dihidangkan.

Tada, dah siap! Tak sampai setengah jam pun anda dah boleh sediakan hidangan yang sedap ni. Lagi sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Umpph, memang sedap! Tak tahu nak dapatkan di mana pes ini? Jangan risau beli je di pasaraya Giant yang berdekatan. Selamat mencuba!