27 September - 24 October 2018                                                                                                               

Terma & Syarat Peraduan

Terma-terma Ini

  1. Terma & Syarat Peraduan Ini (yang merangkumi Butiran Peraduan) menetapkan asas untuk penyertaan dalam Peraduan yang dinyatakan di bawah.
  2. Dengan menyertai dan mengambil bahagian dalam Peraduan ini anda bersetuju dengan Terma & Syarat Peraduan ini.
  3. Notis Privasi yang dilampirkan kepada atau sebaliknya disediakan berhubung dengan Terma & Syarat Peraduan ini hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada terma-terma Peraduan ini.
  4. Penganjur berhak untuk meminda Terma & Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Butiran Peraduan

Penganjur

Entiti Unilever: Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Alamat Berdaftar/Utama: Tingkat 34, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur;

Peraduan

Beli & Menang

Hadiah

  • Minggu 1 (27 Sept –03 Okt 2018) - Philips Pressure Cooker x 20 unit
  • Minggu 2 (04 Okt –10 Okt 2018) - Philips Moisture Protect Hair Dryer x 20 unit
  • Minggu 3 (11 Okt –17 Okt 2018) - Philips Glass Jar Blender x 20 unit
  • Minggu 4 (18 Okt –24 Okt 2018) - Electrolux Handstick Vacuum Cleaner 2-in-1 Ergorapido x 14 unit

Pemilihan Pemenang

Menentukan Pemenang Hadiah:

Pemenang-pemenang mingguan bagi Minggu 1 hingga Minggu 3 ditentukan bermula dari peryertaan yang sah diterima semasa Tempoh Peraduan itu dibahagikan dengan 20. Sebagai contoh: 100 peryertaaan sah Mingguan 1 dibahagikan dengan 20 = 5. Pemenang Mingguan 1 ialah peryertaan sah nombor bersiri 5, 10, 15 dan seterusnya.

Pemenang-pemenang mingguan bagi Minggu 4 ditentukan bermula dari peryertaan yang sah diterima semasa Tempoh Peraduan itu dibahagikan dengan 14. Sebagai contoh: 140 peryertaaan sah Mingguan 4 dibahagikan dengan 14 = 10. Pemenang Mingguan 4 ialah peryertaan sah nombor bersiri 10, 20, 30 dan seterusnya.

Formula pembulatan akan dilakukan jika penyertaan sah adalah seperti berikut: 270÷14=19.29 dimana nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke nombor tunggal yang terdekat = 19. Nombor bersiri 19 dan nombor berganda berikut akan dipilih sebagai pemenang, contohnya 19, 38, 57 dan seterusnya.

Kaedah peruntukan apabila pelbagai Hadiah:

Semua hadiah akan dihantar kepada pemenang dalam tempoh 6 – 8 minggu dari 24 Oktober 2018 ke alamat yang diberikan oleh pemenang.

Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir maklumat atau alamat emel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan. Peserta digalakkan supaya memastikan nombor hubungan mereka adalah aktif, dan untuk sering meyemak akaun emel mereka.

Asas peruntukan semula sekiranya Hadiah tidak dituntut:

Sekiranya Pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama tiga (3) hari bekerja berturut-turut, atau jika berjaya dihubungi, Peserta memilih untuk tidak menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan kelayakan Peserta dan menarik balik hadiah atau Peserta seterusnya yang layak boleh dipilih menurut budi bicara Penganjur.

Syarat-Syarat Penyertaan

Terbuka kepada semua warga Malaysia yang menetap di Malaysia yang memiliki Kad Pengenalan Malaysia yang sah

Umur minima: 18 tahun

Lain-lain: Sekiranya peserta berumur bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan, peserta perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga mereka sebelum menyertai Peraduan ini dan atas permintaan oleh Penganjur, mereka akan dikehendaki menunjukkan kebenaran bertulis itu

Peserta yang Tidak Layak

Mana-mana yang berikut:

  • [Ejen, pengedar, agensi pengiklanan dan organisasi lain yang dikaitkan secara komersil dengan Penganjur dan setiap syarikat induk, sekutu, bahagian, subsidiari, ejen dan wakil masing-masing];
  • [Pekerja dan pengarah Penganjur[, termasuk keluarga dan orang yang tinggal bersama mereka]];
  • [Pemegang Saham dalam Penganjur];

Arahan Penyertaan

BELI

Beli Produk dari Jenama Unilever yang terlibat bernilai RM28 dan ke atas dalam satu resit Giant

 

WhatsApp

Jawab satu soalan

Namakan salah satu jenama Unilever yang terlibat

Taip JAWAPAN [jarak] NAMA [jarak] IC No. [jarak] EMEL [jarak] berserta dengan gambar resit Giant yang jelas dan WhatsApp ke 018-2026760

Tarikh Mula/Tutup Peraduan

Tarikh Mula: jam 00:00:00 pada 27 September 2018

Tarikh Tutup: jam 23:59:59 pada 24 Oktober 2018

Syarat-Syarat Lain Peraduan

Peserta MESTI menyimpan Resit Rasmi asal yang dikemukakan dalam penyertaan untuk pengesahan Pemenang dan penebusan hadiah untuk aplikasi Whatsapp. Kegagalan untuk menunjukkan Resit Rasmi asal apabila diminta akan mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah.

Pemberitahuan Kemenangan dan Penebusan Hadiah

Pemberitahuan kemenangan:

  • Kaedah – Pemenang akan dimaklumkan melalui WhatsApp. Senarai pemenang juga akan diumunkan di laman web https://www.giant.com.my.
  • Masa - dalam tempoh 1 – 2 minggu dari 24 Oktober 2018;

Menuntut Hadiah:

  • Kaedah - Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir maklumat atau alamat emel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan.
  • Masa - dalam tempoh 6 – 8 minggu dari 24 Oktober 2018;

Pembelian Diperlukan

Beli Produk dari Jenama Unilever yang terlibat bernilai RM28 dan ke atas dalam satu resit Giant

 

Asas Peraduan

  1. Peraduan ini adalah:​
    • terbuka kepada mereka yang memenuhi Syarat-Syarat Penyertaan;
    • tidak terbuka kepada mereka yang tergolong dalam perihal Peserta yang Tidak Layak (walaupun mereka memenuhi Syarat-Syarat Penyertaan)
  2. Anda hendaklah mematuhi Arahan Penyertaan.
  3. Anda boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila Butiran Peraduan dengan jelas dan secara khusus membenarkan beberapa penyertaan. Penyertaan tidak boleh dijana oleh komputer secara automatik atau jika tidak dihantar mengikut asas tidak wajar (sebagai contoh menggunakan beberapa nama, e-mel atau akaun media sosial untuk menyertai).
  4. Anda boleh memenangi satu Hadiah sahaja. Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila Butiran Peraduan dengan jelas dan secara khusus membenarkan beberapa hadiah untuk dimenangi.
  5. Penganjur boleh pada bila-bila masa melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan mengikut budi bicara tunggalnya (yang mungkin atau tidak mungkin dikaitkan dengan peserta).

Penyertaan

  1. Penyertaan yang (i) tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini; atau (ii) tidak lengkap, rosak atau lewat, mungkin ditolak, hilang kelayakan, disingkirkan dan/atau dihapuskan oleh Penganjur.
  2. Penyertaan anda termasuk apa-apa bahan yang disediakan sebagai sebahagian daripada atau berhubung dengan penyertaan. Apabila penyertaan dalam Peraduan melibatkan peruntukan bahan bertulis, dirakam, bergambar atau bahan lain dalam bentuk elektronik atau bentuk lain, anda hendaklah memastikan penyertaan anda:
    • adalah (i) sesuai untuk akses awam dan secara khusus tidak mengandungi kandungan bogel, lucah, menyentuh isu agama/budaya/politik, ganas, fitnah atau kenyataan fitnah, bahan yang dianggap menyalahi undang-undang/menyinggung perasaan atau boleh melanggar undang-undang Malaysia atau bahan-bahan yang berkemungkinan menjejaskan imej Penganjur atau mencalar reputasi Penganjur; dan (ii) tidak melanggar undang-undang yang berkenaan;

    • tidak mengandungi atau merujuk kepada mana-mana produk atau jenama selain daripada yang mewakili Kumpulan Unilever (melainkan kemasukan sedemikian tidak disengajakan, tidak jelas dan secara wajar perlu disebabkan sifat penyertaan);

    • adalah hasil usaha anda sendiri dan tidak mengandungi sebarang harta intelek (termasuk hak moral) pihak lain melainkan anda telah mendapat kebenaran yang dikehendaki bagi peruntukan dan penggunaannya, pengeluaran semula dan urusan lain selaras dengan Terma & Syarat Peraduan ini (termasuk Fasal 4.3 di bawah);
    • hanya mengandungi nama atau persamaan seseorang sekiranya anda telah diberikan kebenaran bertulis (kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sah diperlukan untuk mereka yang berumur bawah 18 tahun).
  3. Anda memberikan kepada Penganjur (i) pemilikan bagi mana-mana penyertaan; dan (ii) hak kekal, tidak boleh dibatalkan, di seluruh dunia, bebas royalti, boleh disublesenkan dan boleh dipindah milik untuk menggunakan,mengeluarkan semula, mengedarkan dan membuat kerja derivatif bagi penyertaan anda, dalam mana-mana media dan melalui mana-mana saluran media. Anda tidak akan memberikan hak-hak ini kepada mana-mana pihak lain.

Tanggungjawab Penyertaan

  1. Jika anda menghantar penyertaan bagi pihak lebih daripada satu orang/pihak (termasuk bagi pihak sebuah organisasi), anda hendaklah memastikan bahawa anda mempunyai kuasa untuk menerima terma-terma ini bagi pihak mereka dan memastikan mereka mematuhi terma-terma ini.
  2. Anda hendaklah mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini dan tidak sebaliknya berusaha menyalahgunakan atau mengganggu proses dan peraturan Peraduan secara menyalahi undang-undang.
  3. Anda hendaklah membayar ganti rugi dan membela Penganjur dan anggota Kumpulan Unilever lain (termasuk pengarah, pegawai dan pekerja masing-masing) berhubung dengan semua liabiliti, kerugian dan kerosakan apa jua jenis akibat daripada pelanggaran anda terhadap Terma & Syarat Peraduan ini. Penganjur mengecualikan tanggungjawab terhadap liabiliti, kerugian dan kerosakan tersebut, walaupun tiada apa-apa dalam Terma & Syarat Peraduan ini dicadangkan untuk mengehadkan liabiliti Penganjur bagi (i) penipuan; (ii) salah laku sengaja; atau (iii) kematian atau kecederaan diri yang disebabkan oleh kecuaiannya (termasuk pekerja dan ejennya).
  4. Anda hendaklah membayar ganti rugi dan membela Penganjur dan anggota Kumpulan Unilever lain (termasuk pengarah, pegawai dan pekerja masing-masing) berhubung dengan apa-apa tuntutan pihak ketiga yang penyertaan anda atau penggunaannya selaras dengan Terma & Syarat Peraduan ini melanggar undang-undang berkenaan, kewajipan kerahsiaan atau hak harta intelek lain disebabkan oleh pelanggaran anda terhadap Terma & Syarat Peraduan ini.
  5. Penganjur tidak dalam apa jua keadaan bertanggungjawab terhadap:
    • kehilangan penyertaan, rosak atau lewat akibat daripada sebarang kegagalan rangkaian, perkakasan atau perisian komputer bagi apa jua jenis kejadian lain yang sama ada tidak dijangka atau di luar kawalan munasabah langsung Penganjur;
    • kos anda dalam menyediakan atau menghantar penyertaan.
  6. Apabila mod penyertaan adalah melalui khidmat pesanan ringkas (“SMS”) atau khidmat pemesejan multimedia (“MMS”), setiap penyertaan yang dihantar oleh peserta akan tertakluk kepada caj premium seperti yang dinyatakan (jika ada) iaitu sebagai tambahan kepada bayaran biasa yang dikenakan oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi peserta.

Pemenang

  1. Pemenang akan dimaklumkan menggunakan kaedah dan dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam Butiran Peraduan.
  2. Pemenang hendaklah menuntut Hadiah mereka menggunakan kaedah dan dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam Butiran Peraduan. Jika Hadiah tidak dituntut selepas masa ini, hak untuk Hadiah akan luput dan Penganjur boleh menawarkan Hadiah tersebut kepada pemenang gantian yang dipilih menurut kaedah yang dinyatakan di dalam Butiran Peraduan (tanpa spesifikasi, asas adil yang diselaraskan dengan teliti mengikut kaedah pemilihan pemenang yang akan tertakluk kepada budi bicara mutlak Penganjur).
  3. Penganjur boleh (mengikut budi bicaranya atau apabila dikehendaki oleh undang-undang) memberikan atau menyiarkan butiran pemenang (nama dan tempat). Permintaan untuk peruntukan/penyiaran hendaklah dihantar kepada butiran kenalan Penganjur di dalam Helaian Butiran tidak lewat dalam tempoh sepuluh minggu selepas tarikh tutup Peraduan.