2 May 2019 - 28 Aug 2019                                          

Terma dan Syarat : Koleksi MasterChef

  1. Tempoh Pengeluaran Setem : 2 Mei – 21 Ogos 2019 di semua pasar raya Giant di seluruh Negara.
  2. Tempoh Penebusan : 2 Mei – 28 Ogos 2019 (Sementara stok masih ada)
  3. Anda layak untuk mendapat satu (1) setem MasterChef dengan setiap pembelian Ringgit Malaysia Tiga Puluh (RM30) dan ke atas dalam satu resit yang dibelanjakan di pasar raya Giant di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak. Kumpulkan kesemua lima (5) setem dan lekatkan ke kad koleksi untuk membeli hanya satu (1) produk dari Koleksi MasterChef
  4. Ahli – ahli Kad JOURNEY™ Caltex dan B Infinite boleh mendapatkan satu (1) setem MasterChef dengan setiap pembelian petrol (RON95/97) & Diesel bernilai Ringgit Malaysia Tiga Puluh (RM30) dan ke atas dalam satu resit di stesen-stesen Caltex di Semenanjung Malaysia.
  5. Hanya kad koleksi dan setem yang dikeluarkan oleh GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd dan Caltex sahaja yang diterima untuk proses penebusan.
  6. Kad Koleksi dan setem asal akan dikeluarkan oleh juruwang di setiap kaunter pembayaran di pasar raya Giant seluruh Negara dan semua stesen Caltex di Semenanjung Malaysia. Tetapi, pengeluaran setem Bonus pada jenama-jenama yang terlibat adalah hanya untuk pembelian di pasar raya Giant.
  7. Satu setem Bonus akan diberikan dengan setiap pembelian produk terpilih dari penaja bersama kami, (seperti dalam risalah). Kuantiti setem Bonus dalam satu resit tidak boleh melebihi jumlah setem asal yang dikeluarkan untuk setiap pembelian RM30.
  8. Setem akan diberikan berdasarkan jumlah transaksi dalam satu resit setelah semua diskaun telah ditolak. Gabungan resit adalah tidak dibenarkan. Belian dari Touch ‘n Go, Epay, Baucer Tunai Giant, Kad Hadiah Giant, Produk Susu Bayi, Rokok & Tembakau dan kesemua penyewa di Giant Mall & Medan Selera dikecualikan.
  9. Setem mesti ditebus di semua cawangan pasar raya Giant Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak dan stesen-stesen Caltex di Semenanjung Malaysia bersama dengan resit pada hari yang sama.
  10.  Sepuluh (10) setem yang digunakan untuk menebus MasterChef Utility Knife percuma, tidak boleh digunakan lagi untuk penebusan barangan MasterChef yang lain.
  11. Pemegang kad kredit / debit Hong Leong boleh menebus mana-mana satu (1) produk MasterChef dengan hanya empat (4) setem.
  12. Pemegang kad kredit / debit / prabayar Visa boleh mendapatkan dua (2) setem apabila anda membuat bayaran tanpa sentuh (contactless) dengan pembelian Ringgit Malaysia Tiga Puluh (RM30) dan ke atas dalam satu resit.
  13. Pelanggan tidak dibenarkan membeli Koleksi MasterChef pada harga diskaun tanpa lima (5) setem dilekatkan di kad koleksi kecuali pemegang kad kredit / debit Hong Leong yang boleh membeli pada harga diskaun dengan empat (4) setem.
  14. Kad koleksi dan setem akan dikekalkan dan disimpan oleh GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd selepas penebusan dibuat.
  15. Setem tidak akan dikeluarkan semasa proses penebusan/pembelian koleksi MasterChef
  16. Koleksi MasterChef tidak boleh dikembalikan, tidak boleh ditukar dan diganti dengan wang tunai.
  17. GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd berhak untuk menamatkan / mengubah / menarik balik / menggantikan promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan tanpa perlu mendedahkan apa-apa sebab dan tanpa sebarang bayaran atau pampasan apa jua pun. Keputusan yang dibuat oleh GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd mengenai semua perkara yang berkaitan dengan promosi ini adalah muktamad, konklusif dan mengikat semua pelanggan dan tiada surat-menyurat atau apa sahaja yang akan dilayan.
  18. GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd berhak membuat sebarang keputusan mutlak dan meminda mana-mana terma dan syarat tanpa sebarang notis.
  19. GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan kad koleksi dan setem.
  20. Ketersediaan Koleksi MasterChef adalah sementara stok masih ada.
  21. Kad koleksi boleh dimuat turun dari laman web Giant : www.giant.com.my
  22. Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran setem di stesen Caltex, sila hubungi perkhidmatan pelanggan Caltex di 1800-883-188 atau e-mel myhqcsc@chevron.com dari Isnin hingga Jumaat 8am-6pm.