16 May 2019 - 19 Jun 2019                                                                                          

CARA-CARA PENYERTAAN

Langkah 1: Beli mana-mana produk Nestlé bernilai sekurang-kurangnya RM30* dalam satu resit daripada mana-mana pasaraya Giant sepanjang Tempoh Promosi.

*Kecuali: Produk Nestlé Gold Barista, Nestlé Yogurt, Lactogen 1 & 2, NAN 1 & 2 dan Purina.    

Langkah 2: Hantar penyertaan melalui WhatsApp ke +6012 848 3343

1. Taipkan butiran peribadi dan nombor resit seperti berikut:

*Nombor resit boleh didapati di bahagian bawah resit pembelian anda

Contoh: Mohamad Ali, 890917075110, Inv:10114

2. Lampirkan gambar resit (“Bukti Pembelian”)

*Simpan resit asal (Resit Giant) untuk pengesahan sekiranya anda disenarai pendek sebagai pemenang.

TERMA DAN SYARAT

Dengan menyertai Peraduan Giant Nestlé Mega Raya (“Peraduan”), anda (“Peserta”) mengakui telah membaca dan bersetuju untuk menerima terma dan syarat yang disenaraikan seperti berikut:-

1. Peraduan ini dianjurkan oleh GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (“Pihak Penganjur”) dan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada tahun 2019), kecuali kakitangan Pihak Penganjur, Nestle

2. Peraduan bermula pada jam 00:00 pada 16 hb Mei 2019 dan berakhir pada jam 23:59 19hb Jun 2019. (“Tempoh Peraduan”)

3. Hadiah Peraduan (“Hadiah”):-

  • Hadiah Utama x 1 pemenang – Axia 1.0 Special Edition (A)
  • Hadiah Pertama x 3 pemenang – Yamaha Ego Avantiz
  • Hadiah Kedua x 3 pemenang – Yamaha Ego Solariz

4. Hadiah Utama, Hadiah Pertama dan Hadiah Kedua tidak termasuk yuran pendaftaran kenderaan, yuran lesen kenderaan, insurans, cukai jalan, caj penghantaran dan lain-lain caj perkhidmatan/ pengendalian, servis kenderaan dan kos yang berkenaan. Warna kenderaan mungkin berbeza daripada paparan iklan dan tertakluk kepada ketersediaan stok dan budi bicara Pihak Penganjur.

5. Pemilihan Pemenang:-

  • Setiap penyertaan layak akan diberi satu nombor siri peraduan. 
  • Pemilih melalui janaan komputer akan dijalankan untuk 1 pemenang Hadiah Utama, 3 pemenang Hadiah Pertama dan 3 pemenang Hadiah Kedua.

6. Semua Peserta Terpilih akan dihubungi melalui panggilan telefon atas dasar usaha terbaik sebanyak tiga (3) percubaan. Sekiranya Peserta Terpilih tersebut tidak dapat dihubungi selepas 3 kali percubaan Terpilih yang seterusnya akan dihubungi.

7. Semua Peserta Terpilih dikehendaki menjawab satu (1) soalan berkenaan Peraduan dengan tepat untuk memenangi hadiah. Jika jawapan yang diberikan tidak tepat, Penganjur akan memilih Peserta Terpilih dengan nombor siri yang seterusnya.

8. Peserta Terpilih perlu menghantar bukti pembelian asal (Resit Giant) dan IC fotostat melalui perkhidmatan kurier ataupun Pos Laju ke Peraduan Giant Nestlé Mega Raya No. 15, Block B, Lot 756, Jalan Subang 3, 47610 Subang Jaya,Selangor untuk tujuan pengesahan dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh pemberitahuan melalui telefon atau hadiah akan dibatalkan. 

9. Hadiah akan dihantar kepada alamat yang diberikan oleh Peserta. Peserta bertanggungjawab memberi alamat yang betul dan sah.

10. Semua hadiah yang dituntut adalah tertakluk kepada terma seperti yang dinyatakan dalam surat pengesahan/ perjanjian hadiah/ baucar hadiah. Hadiah mesti dituntut dalam tempoh yang ditetapkan. Hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Sekiranya hadiah yang ternyata tidak didapati atas apa jua keadaan, Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain tanpa sebarang notis. Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai, dipindah milik dan akan dipersembahkan kepada pemenang yang tertakluk kepada semua kenyataan yang ternyata dalam Terma dan Syarat ini.

11. Perserta hanya boleh memenangi satu (1) hadiah sepanjang Tempoh Promosi

12. Peserta dibenarkan mengemukakan seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan bukti pembelian asal (Resit Giant) yang dikehendaki.
Setiap bukti pembelian layak untuk satu (1) penyertaan WhatsApp sahaja. Penganjur berhak untuk membatalkan dan/ atau menolak penyertaan WhatsApp di mana:- 

  • Resit Giant adalah salinan, tidak betul, tidak jelas, koyak atau rosak; dan/ atau
  • Butiran yang diperlukan tidak disediakan, tidak lengkap, tidak dapat dibaca, tidak jelas dan /atau tidak tepat

13. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan mana-mana penyertaan tanpa sebarang notis.

14. Segala perbelanjaan untuk menyertai Peraduan ini dan menghadiri majlis penyampaian hadiah adalah ditanggung oleh Peserta sendiri.

15. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta bersetuju dan memberi kebenaran kepada Pihak Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, gambar, butiran peribadi, dokumen, dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti dan/atau bayaran pampasan untuk tujuan pengiklanan dan semua bentuk publisiti yang lain, termasuk, tanpa had kepada sebarang rakaman berkaitan dengan Peraduan ini dari semasa ke semasa.

16. Pihak Penganjur dan kesemua pihak-pihak lain yang terlibat dalam Peraduan ini, termasuk pengarah, pegawai dan ejen mereka tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun terhadap yang berikut: (a) campur tangan oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan semasa Peraduan ini; (b) sebarang bentuk gangguan teknikal dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pengurusan Peraduan dan pemprosesan penyertaan; (c) sebarang penyertaan yang hilang, rosak, salah dihantar atau tidak diterima; dan (d) semua liabiliti (termasuk kematian) sama ada disebabkan secara langsung atau tidak oleh penyertaan dalam Peraduan ini dan penggunaan hadiah.

17. Pihak Penganjur berhak meminda terma dan syarat atas budi bicaranya tanpa sebarang notis. Segala keputusan oleh Pihak Penganjur adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

18. Peserta mengesahkan bahawa semua maklumat yang diisikan dalam borang penyertaan adalah betul dan sah. Peserta bersetuju memberi kuasa kepada Pihak Penganjur untuk mendapatkan, ekstrak, mengesahkan dan/atau menggunakan maklumat tersebut dari bila-bila masa dan dari semasa ke semasa.

19. Peserta mempunyai hak untuk mengakses, membetul atau menarik balik persetujuan untuk mendedahkan butiran peribadi daripada Pihak Penganjur. Permintaan boleh dibuat melalui email di www.giant.com.my/contact-us/contact.aspx atau melalui pos GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. Mezzanine Floor, Giant Hypermarket Shah Alam Stadium, Lot 2, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. Rujuk www.giant.com.my untuk Notis Penuh di Bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Terma dan syarat Peraduan ini terdapat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan antara mana-mana versi, Bahasa Inggeris akan dijadikan rujukan.

Untuk pertanyaan lanjut tentang Peraduan ini, sila telefon 03-5635 1391, Isnin – Jumaat, 10 pagi - 5 petang kecuali cuti umum.