16 May 2019 - 19 Jun 2019                                                                                                                          

TERMA & SYARAT PERADUAN

1.  Terma-terma Ini

1.1.  Terma & Syarat Peraduan Ini (yang merangkumi Butiran Peraduan) menetapkan asas untuk penyertaan dalam Peraduan yang dinyatakan di bawah.

1.2.  Dengan menyertai dan mengambil bahagian dalam Peraduan ini anda bersetuju dengan Terma & Syarat Peraduan ini.

1.3.  Notis Privasi yang dilampirkan kepada atau sebaliknya disediakan berhubung dengan Terma & Syarat Peraduan ini hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada terma-terma Peraduan ini.

1.4.  Penganjur berhak untuk meminda Terma & Syarat Peraduan ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. 

2.  Butiran Peraduan

 Penganjur

 Entiti Unilever: Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

 Alamat Berdaftar/Utama: Tingkat 34, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200   Kuala Lumpur;

 Peraduan

 Giant Beli & Menang Bersama Unilever

 Jenama yang menyertai: Clear, Dove, Sunsilk, Tresemme dan Love Beauty and   Planet.

 Setiap penyertaan diwajibkan:

 1.  Pembelian produk Unilever minimum RM18 dan ke atas bagi satu   penyertaan   dalam tempoh peraduan. Penyertaan maksimum adalah sebanyak 6   penyertaan bagi   setiap resit.

 2.  Hantarkan gambar resit asal  ke Whatsapp: 017- 2757212

 3.  Setiap penyertaan berpeluang untuk memenangi baucar mingguan dan   hadiah   utama seperti yang tertera di kolum ‘Pemilihan Pemenang’

 Hadiah

 ·  Minggu 1 (16 May- 22 May 2019) - Baucar Giant RM100 x 10 unit

 ·  Minggu 2 (23 May -29 May 2019)- Baucar Giant RM100 x 10 unit

 ·  Minggu 3 (30 May- 5 Jun 2019) - Baucar Giant RM100 x 10 unit

 ·  Minggu 4 (6 Jun- 12 Jun 2019) - Baucar Giant RM100 x 10 unit

 ·  Minggu 5 (13 Jun- 19 Jun 2019) - Baucar Giant RM100 x 10 unit

 ·  Pemenang Utama Keseluruhan (16 May- 19 Jun)- Samsung Galaxy S10 x 3   unit

 Pemilihan Pemenang

 Menentukan Pemenang Hadiah:

 Kesemua penyertaan akan diberi satu nombor bersiri berdasarkan bukti     penyertaan   secara berikut:

 a.  Setiap gandaan RM18 (dari pembelian produk rambut dari jenama terlibat)   akan   diberi satu (1) nombor bersiri. Contoh, RM18 = 1 nombor bersiri, RM36   = 2   nombor   bersiri, RM54 = 3 nombor bersiri, RM69.90 = 3 nombor bersiri

 b.  Nombor bersiri maksimum yang diberikan bagi setiap resit adalah 6   (bersamaan RM108)

 c.  Penambahan pembelian akan meningkat dengan nombor bersiri iaitu jumlah   penyertaan dari peserta. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan kriteria   berikut:

 Peserta yang dipilih perlu menjawab satu (1) soalan melalui whatsapp. Setiap   peserta   terpilih yang jawab soalan dengan betul akan berpeluang memenangi   hadiah. Soalan   yang diberikan adalah untuk menguji peserta berkenaan dengan   jenama- jenama   Unilever. Peserta digalakkan untuk memastikan nombor   telefon   adalah aktif. Pihak   penganjur akan menghubungi peserta terpilih   melalui butiran   nombor yang   diberikan   oleh peserta. Kegagalan peserta   untuk menjawab soalan   dengan betul,   pihak   penganjur boleh membatalkan   kelayakkan peserta untuk   memenangi hadiah   dan   memberi peluang kepada   peserta seterusnya. Sekiranya   peserta berjaya   menjawab   soalan dengan   betul, beliau akan dipilh sebagai pemenang.

 Pemenang-pemenang mingguan bagi Minggu 1 hingga Minggu 5 ditentukan   bermula  dari peryertaan yang sah diterima semasa Tempoh Peraduan i   itu dibahagikan   dengan 10. Sebagai contoh: 150 peryertaaan sah Mingguan 1   dibahagikan dengan 10   = 15. Pemenang Mingguan 1 ialah peryertaan sah   nombor bersiri 15, 30, 45 dan   seterusnya.

 Pemenang-pemenang utama ditentukan bermula dari peryertaan yang sah   diterima   semasa Tempoh Peraduan itu dibahagikan dengan 3. Sebagai contoh:   1200 peryertaaan sah keseluruhan dibahagikan dengan 3 = 400. Pemenang   utama ialah peryertaan sah nombor bersiri 400, 800, 1200 dan seterusnya

 Formula pembulatan akan dilakukan jika penyertaan sah adalah seperti berikut:   1234÷3=411.33 dimana nilai perpuluhan timbul, nombor akan dibundarkan ke   nombor tunggal yang terdekat = 411. Nombor bersiri 411 dan nombor berganda   berikut akan dipilih sebagai pemenang, contohnya 411, 822, 1233 dan   seterusnya.

 Sekiranya terdapat pengulangan pemenang, pihak penganjur akan memilih   peserta   pada giliran seterusnya.

 Kaedah peruntukan apabila pelbagai Hadiah:

 Semua hadiah akan dihantar kepada pemenang dalam tempoh 6 – 8 minggu dari   19   Jun 2019 ke alamat yang diberikan oleh pemenang.

 Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir maklumat atau   alamat   emel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan. Peserta   digalakkan   supaya memastikan nombor hubungan mereka adalah aktif, dan   untuk sering   meyemak akaun emel mereka.

  Asas peruntukan semula sekiranya Hadiah tidak dituntut:

 Sekiranya Pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan selama   tiga   (3)  hari bekerja berturut-turut, atau jika berjaya dihubungi, Peserta   memilih untuk   tidak   menerima hadiah, Penganjur berhak membatalkan   kelayakan Peserta dan   menarik   balik hadiah atau Peserta seterusnya yang   layak boleh dipilih menurut   budi   bicara   Penganjur.

 Syarat-Syarat   Penyertaan

 Terbuka kepada semua warga Malaysia yang menetap di Malaysia yang   memiliki   Kad Pengenalan Malaysia yang sah

 Umur minima: 18 tahun

 Lain-lain: Sekiranya peserta berumur bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan,   peserta perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga   mereka   sebelum menyertai Peraduan ini dan atas permintaan oleh Penganjur,   mereka akan   dikehendaki menunjukkan kebenaran bertulis itu

 Peserta yang Tidak   Layak

 Mana-mana yang berikut:

 ·  [Ejen, pengedar, agensi pengiklanan dan organisasi lain yang dikaitkan secara   komersil dengan Penganjur dan setiap syarikat induk, sekutu, bahagian,   subsidiari,   ejen dan wakil masing-masing];

 ·  [Pekerja dan pengarah Penganjur[, termasuk keluarga dan orang yang tinggal   bersama mereka]];

 ·  [Pemegang Saham dalam Penganjur];

 Arahan Penyertaan

 BELI

 Beli Produk Rambut dari Jenama Unilever yang terlibat bernilai RM18 dan ke   atas   dalam satu resit Giant. (Sunsilk, Clear, Dove, Tresemme, Love Beauty and   Planet)

 WhatsApp

 Jawab satu soalan dari penganjur

 Taip JAWAPAN [jarak] NAMA [jarak] IC No. [jarak] EMEL [jarak] berserta   dengan gambar resit Giant yang jelas dan WhatsApp ke 017- 275 7212

 Tarikh Mula/Tutup   Peraduan

 Tarikh Mula: jam 00:00:00 pada 16 May 2019

 Tarikh Tutup: jam 23:59:59 pada 19 Jun 2019

 Syarat-Syarat Lain   Peraduan

 Peserta MESTI menyimpan Resit Rasmi asal yang dikemukakan dalam   penyertaan   untuk pengesahan Pemenang dan penebusan hadiah untuk aplikasi   Whatsapp.   Kegagalan untuk menunjukkan Resit Rasmi asal apabila diminta   akan   mengakibatkan pembatalan kelayakan dan hadiah.

 Pemberitahuan   Kemenangan dan   Penebusan Hadiah

 Pemberitahuan kemenangan:

  • Kaedah – Pemenang akan dimaklumkan melalui WhatsApp. Senarai pemenang juga akan diumunkan di laman web Giant Malaysia Facebook dan laman sesawang Giant Malaysia : https://www.giant.com.my
  • Masa - dalam tempoh 3 minggu dari 19 Jun 2019;

 Menuntut Hadiah:

  • Kaedah - Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui butir-butir maklumat atau alamat emel yang diberikan semasa proses penghantaran penyertaan.
  • Masa - dalam tempoh 12- 15 minggu dari 19 Jun 2019;

 Pembelian   Diperlukan

 Beli Produk dari Jenama Unilever yang terlibat bernilai RM18 dan ke atas   (Clear,   Dove, Sunsilk, Tresemme dan Love Beauty and Planet) dalam satu resit   Giant

3.  Asas Peraduan

3.1.  Peraduan ini adalah:

a.  Terbuka kepada mereka yang memenuhi Syarat-Syarat Penyertaan;

b.  Tidak terbuka kepada mereka yang tergolong dalam perihal Peserta yang Tidak Layak (walaupun mereka memenuhi Syarat-Syarat Penyertaan).

3.2.  Anda hendaklah mematuhi Arahan Penyertaan.

3.3.  Anda boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila Butiran Peraduan dengan jelas dan secara khusus membenarkan beberapa penyertaan. Penyertaan tidak boleh dijana oleh komputer secara automatik atau jika tidak dihantar mengikut asas tidak wajar (sebagai contoh menggunakan beberapa nama, e-mel atau akaun media sosial untuk menyertai).

3.4.  Anda boleh memenangi satu Hadiah sahaja. Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila Butiran Peraduan dengan jelas dan secara khusus membenarkan beberapa hadiah untuk dimenangi.

3.5.  Penganjur boleh pada bila-bila masa melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan mengikut budi bicara tunggalnya (yang mungkin atau tidak mungkin dikaitkan dengan peserta).

4.  Penyertaan

4.1.  Penyertaan yang (i) tidak mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini; atau (ii) tidak lengkap, rosak atau lewat, mungkin ditolak, hilang kelayakan, disingkirkan dan/atau dihapuskan oleh Penganjur.

4.2.  Penyertaan anda termasuk apa-apa bahan yang disediakan sebagai sebahagian daripada atau berhubung dengan penyertaan. Apabila penyertaan dalam Peraduan melibatkan peruntukan bahan bertulis, dirakam, bergambar atau bahan lain dalam bentuk elektronik atau bentuk lain, anda hendaklah memastikan penyertaan anda:

a.  Adalah (i) sesuai untuk akses awam dan secara khusus tidak mengandungi kandungan bogel, lucah, menyentuh isu agama/budaya/politik, ganas, fitnah atau kenyataan fitnah, bahan yang dianggap menyalahi undang-undang/menyinggung perasaan atau boleh melanggar undang-undang Malaysia atau bahan-bahan yang berkemungkinan menjejaskan imej Penganjur atau mencalar reputasi Penganjur; dan (ii) tidak melanggar undang-undang yang berkenaan;

b.  Tidak mengandungi atau merujuk kepada mana-mana produk atau jenama selain daripada yang mewakili Kumpulan Unilever (melainkan kemasukan sedemikian tidak disengajakan, tidak jelas dan secara wajar perlu disebabkan sifat penyertaan);

c.  Adalah hasil usaha anda sendiri dan tidak mengandungi sebarang harta intelek (termasuk hak moral) pihak lain melainkan anda telah mendapat kebenaran yang dikehendaki bagi peruntukan dan penggunaannya, pengeluaran semula dan urusan lain selaras dengan Terma & Syarat Peraduan ini (termasuk Fasal 4.3 di bawah);

d.  Hanya mengandungi nama atau persamaan seseorang sekiranya anda telah diberikan kebenaran bertulis (kebenaran daripada ibu bapa/penjaga sah diperlukan untuk mereka yang berumur bawah 18 tahun).

 4.3.  Anda memberikan kepada Penganjur (i) pemilikan bagi mana-mana penyertaan; dan (ii) hak kekal, tidak boleh dibatalkan, di seluruh dunia, bebas royalti, boleh disublesenkan dan boleh dipindah milik untuk menggunakan,mengeluarkan semula, mengedarkan dan membuat kerja derivatif bagi penyertaan anda, dalam mana-mana media dan melalui mana-mana saluran media. Anda tidak akan memberikan hak-hak ini kepada mana-mana pihak lain.

5.  Tanggungjawab Penyertaan

5.1.  Jika anda menghantar penyertaan bagi pihak lebih daripada satu orang/pihak (termasuk bagi pihak sebuah organisasi), anda hendaklah memastikan bahawa anda mempunyai kuasa untuk menerima terma-terma ini bagi pihak mereka dan memastikan mereka mematuhi terma-terma ini.

5.2.  Anda hendaklah mematuhi Terma & Syarat Peraduan ini dan tidak sebaliknya berusaha menyalahgunakan atau mengganggu proses dan peraturan Peraduan secara menyalahi undang-undang.

5.3.  Anda hendaklah membayar ganti rugi dan membela Penganjur dan anggota Kumpulan Unilever lain (termasuk pengarah, pegawai dan pekerja masing-masing) berhubung dengan semua liabiliti, kerugian dan kerosakan apa jua jenis akibat daripada pelanggaran anda terhadap Terma & Syarat Peraduan ini. Penganjur mengecualikan tanggungjawab terhadap liabiliti, kerugian dan kerosakan tersebut, walaupun tiada apa-apa dalam Terma & Syarat Peraduan ini dicadangkan untuk mengehadkan liabiliti Penganjur bagi (i) penipuan; (ii) salah laku sengaja; atau (iii) kematian atau kecederaan diri yang disebabkan oleh kecuaiannya (termasuk pekerja dan ejennya).

5.4.  Anda hendaklah membayar ganti rugi dan membela Penganjur dan anggota Kumpulan Unilever lain (termasuk pengarah, pegawai dan pekerja masing-masing) berhubung dengan apa-apa tuntutan pihak ketiga yang penyertaan anda atau penggunaannya selaras dengan Terma & Syarat Peraduan ini melanggar undang-undang berkenaan, kewajipan kerahsiaan atau hak harta intelek lain disebabkan oleh pelanggaran anda terhadap Terma & Syarat Peraduan ini.

5.5.  Penganjur tidak dalam apa jua keadaan bertanggungjawab terhadap:

a.  Kehilangan penyertaan, rosak atau lewat akibat daripada sebarang kegagalan rangkaian, perkakasan atau perisian komputer bagi apa jua jenis kejadian lain yang sama ada tidak dijangka atau di luar kawalan munasabah langsung Penganjur;

b.  Kos anda dalam menyediakan atau menghantar penyertaan.

5.6.  Apabila mod penyertaan adalah melalui khidmat pesanan ringkas (“SMS”) atau khidmat pemesejan multimedia (“MMS”), setiap penyertaan yang dihantar oleh peserta akan tertakluk kepada caj premium seperti yang dinyatakan (jika ada) iaitu sebagai tambahan kepada bayaran biasa yang dikenakan oleh pembekal perkhidmatan telekomunikasi peserta.

6.  Pemenang

6.1.  Pemenang akan dimaklumkan menggunakan kaedah dan dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam Butiran Peraduan.

6.2.  Pemenang hendaklah menuntut Hadiah mereka menggunakan kaedah dan dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam Butiran Peraduan. Jika Hadiah tidak dituntut selepas masa ini, hak untuk Hadiah akan luput dan Penganjur boleh menawarkan Hadiah tersebut kepada pemenang gantian yang dipilih menurut kaedah yang dinyatakan di dalam Butiran Peraduan (tanpa spesifikasi, asas adil yang diselaraskan dengan teliti mengikut kaedah pemilihan pemenang yang akan tertakluk kepada budi bicara mutlak Penganjur).

6.3.  Penganjur boleh (mengikut budi bicaranya atau apabila dikehendaki oleh undang-undang) memberikan atau menyiarkan butiran pemenang (nama dan tempat). Permintaan untuk peruntukan/penyiaran hendaklah dihantar kepada butiran kenalan Penganjur di dalam Helaian Butiran tidak lewat dalam tempoh sepuluh minggu selepas tarikh tutup Peraduan.

6.4.  Sekiranya wujud sebarang ketidaktentuan atau perbezaan pandangan berkaitan pengurusan Peraduan (termasuk pemberian Hadiah), keputusan Penganjur adalah muktamad (ini tidak menyingkirkan sebarang hak undang-undang). Rayuan atau pertanyaan tidak akan dilayan.

6.5.  Sebarang surat-menyurat tidak sepatutnya berlaku antara anda dan Penganjur, melainkan diminta secara khusus oleh Penganjur.

7.  Hadiah

7.1.  Penganjur mungkin memerlukan bukti pengenalan sebelum melepaskan mana-mana Hadiah. Pemenang yang memerlukan wakil untuk menuntut hadiah mereka bagi pihak mereka hendaklah memastikan bahawa wakil menyediakan surat kebenaran yang ditandatangani oleh pemenang, salinan bukti pengenalan pemenang dan bukti pengenalan wakil.

7.2.  Waranti berkanun terpakai tetapi sebaliknya Hadiah diberikan 'seperti adanya' tanpa sebarang waranti, perjanjian atau jaminan serta tidak boleh dipindah milik sama sekali, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditunaikan.

 7.3.  Komitmen Penganjur adalah untuk memastikan ketersediaan Hadiah selaras dengan dan tertakluk kepada terma-terma ini. Dengan itu, setiap pemenang bertanggungjawab terhadap mana-mana dan semua:

a.  visa dan permit;

b.  bahan api, barangan guna habis dan yang mengiringi;

c.  penyenggaraan, pembaharuan lesen dan keperluan semasa atau berkala;

d.  cukai dan liabiliti peribadi lain; dan

e.  hal-hal kecergasan dan kemampuan fizikal,

dan juga sebarang hal sampingan lain yang diperlukan untuk, atau timbul daripada, penerimaan, penggunaan atau keseronokan Hadiah.

7.4.  Pemenang hendaklah mematuhi mana-mana terma pihak ketiga, misalnya terma penganjur acara, yang terpakai kepada Hadiah (ini akan disediakan atas permintaan).

7.5.  Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah untuk nilai alternatif yang sama atau lebih besar. Penganjur tidak bertanggungjawab untuk menawarkan alternatif tunai.

7.6.  Jika penyertaan anda kemudiannya hilang kelayakan, mana-mana Hadiah yang diberikan hendaklah dipulangkan atas tanggungan anda sendiri atau pampasan diberikan apabila pemulangan tidak boleh lagi dilakukan.

8.  Publisiti

8.1.  Para pemenang, atas permintaan munasabah daripada Penganjur, akan mengambil bahagian dalam publisiti berkaitan dengan Peraduan ini. Ini mungkin termasuk video pemenang dirakamkan,gambarnya diambil dan/atau ditemu ramah oleh Penganjur atau bagi pihaknya.

8.2.  Penganjur dibenarkan untuk menggunakan nama, imej, suara anda dan/atau seumpamanya bagi tujuan suntingan, pengiklanan, pemasaran dan/atau tujuan lain tanpa notis lanjut atau pampasan.

8.3.  Penganjur mempunyai dan hak mutlak dan budi bicara untuk mengiklankan dan/atau menyiarkan dan/atau mencetak Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama samaran pada mana-mana program/saluran atau dalam mana-mana jua media, secara keseluruhan atau sebahagiannya, mengikut budi bicara Penganjur. Semua hak cipta yang wujud dalam Rakaman akan menjadi hak milik mutlak Penganjur

9.  Pelbagai

9.1.  Melainkan dinyatakan dengan jelas oleh Penganjur di dalam bahan Peraduan bertulis, Peraduan ini adalah dalam apa jua cara tidak ditaja atau disokong oleh mana-mana pihak ketiga.

9.2.  Jika versi bahasa lain bagi terma-terma ini juga disediakan, versi bahasa Inggeris akan mengambil keutamaan sekiranya berlaku sebarang percanggahan.

9.3.  Setiap peruntukan Terma & Syarat Peraduan ini adalah boleh asing. Jika mana-mana peruntukan didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah atau pihak berkuasa berwibawa lain, ketidaksahan atau ketidakbolehkuatkuasaan tersebut tidak akan menjejaskan baki Terma-Terma Peraduan ini.

10.  Undang-Undang yang Mengawal dan Pertikaian

10.1.  Peraduan ini (termasuk Terma & Syarat Peraduan ini dan mana-mana pertikaian berkaitan) adalah dikawal oleh dan akan ditafsirkan mengikut undang-undang negara di mana Penganjur mempunyai alamat berdaftar atau utamanya seperti yang dinyatakan di dalam Butiran Peraduan, melainkan sehingga takat undang-undang wajib yang berkenaan disebabkan oleh lokasi atau sifat Peraduan, Hadiah atau peserta yang berkaitan.

10.2.  Tanpa menyekat sesiapa daripada mendapatkan injunksi atau relief sementara lain di mahkamah yang berwibawa, jika pertikaian timbul, mahkamah negara di mana Penganjur mempunyai alamat berdaftar atau utamanya seperti yang dinyatakan di dalam Butiran Peraduan akan menyelesaikan masalah, melainkan sehingga takat anda mempunyai hak untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah bidang kuasa lain disebabkan oleh lokasi atau sifat Peraduan, Hadiah atau peserta berkaitan.

Lampiran

1.  Notis Privasi

Berikut adalah "Notis Privasi" bagi Peraduan yang dikenal pasti di bawah:

 Penganjur

 Alamat Berdaftar/Utama: Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Tingkat 34   ,Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur;

 Jawatan pegawai untuk dihubungi : Pegawai Privasi Data, Unilever   (Malaysia)   Holdings Sdn Bhd, Level 34 , Menara TM, Jalan Pantai Baru,   59200 Kuala Lumpur.   Tel: 03-2246 2188

 

 Perihal Peraduan

 Giant Beli & Menang Bersama Unilever

 Data Peribadi

 Data peribadi yang diperoleh daripada anda, termasuk di dalam borang   peraduan   atau disediakan sebagai sebahagian daripada proses penghantaran   borang peraduan   atau semasa pentadbiran berkaitan.

 Data peribadi ini akan termasuk bagi Peraduan ini:

 [nama, imej/persamaan, suara];

 [gambar dan video yang diambil semasa acara berkaitan];

 Tujuan Lanjut

 [Publisiti];

 [Tujuan pengiklanan dan pemasaran berkaitan produk kami];

 [Tujuan pendidikan];

 [Menyediakan notis berkaitan produk, perkhidmatan, promosi dan acara yang   mungkin menarik minat anda];

 [Menjawab pertanyaan anda];

 [Bagi tujuan pengauditan sekiranya berlaku pertikaian];

 

 Pihak Ketiga

 Data Peribadi mungkin didedahkan kepada pihak ketiga, misalnya kepada ibu   pejabat, pejabat serantau, subsidiari, sekutu dan/atau anggota di dalam   kumpulan   syarikat Unilever, dan/atau pembekal perkhidmatan kami, yang   mungkin terletak   di luar Malaysia, bagi sebab-sebab berkaitan Tujuan.

 

 Dasar Unilever

 Dasar Privasi Unilever

 http://www.unileverprivacypolicy.com/en_gb/policy.aspx

 http://www.unileverprivacypolicy.com/BahasaMalaysia/policy.aspx

1.1  Semua Data Peribadi yang dipohon hendaklah disediakan supaya anda layak untuk menyertai Peraduan.

1.2  Data Peribadi akan diproses untuk pentadbiran Peraduan (pihak ketiga mungkin terlibat dalam pentadbiran ini).

1.3  Data Peribadi juga boleh diproses untuk Tujuan Lanjut, termasuk oleh Pihak Ketiga.

 1.4  Jika anda berhasrat untuk:

a.  Mengakses, membetulkan, mengehadkan atau mengemaskini Data Peribadi anda yang dikumpul berhubung dengan Peraduan, atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan tentang pemprosesan maklumat sedemikian,

b.  Memohon penghapusan Data Peribadi, anda harus menghubungi Penganjur menggunakan maklumat hubungan berikut: Pegawai Privasi Data, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Tingkat 34, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2246 2188

1.5  Data Peribadi mungkin didedahkan atau dipindahkan kepada Pihak Ketiga (yang mungkin terletak di luar Malaysia) bagi pengurusan Peraduan dan/atau Tujuan Lanjut.

1.6  Untuk butiran lanjut tentang pemprosesan Data Peribadi anda, sila lihat dasar Kumpulan Unilever yang berkenaan.

Perakuan berikut terpakai berhubung dengan Notis Privasi. Tandakan kotak hanya jika anda setuju dengan pernyataan:

 ☐ Saya berumur melebihi 18 tahun dan saya telah membaca dan memahami terma Notis Privasi   ini   dan memberikan kebenaran kepada pemprosesan Data Peribadi saya seperti yang   diterangkan  di atas.

 Di mana Data Peribadi berkaitan dengan kanak-kanak bawah umur (berumur bawah 18 tahun)

 ☐ Saya adalah ibu bapa/penjaga sah kanak-kanak bawah umur yang mengambil bahagian   ("Subjek   Data") dan saya telah membaca dan memahami terma Notis Privasi ini dan dengan ini   memberikan   kebenaran kepada pemprosesan Data Peribadi saya dan Data Peribadi Subjek Data   seperti yang   diterangkan di atas.

 

 Nama Penuh Subjek Data                  : …………………………….......................

 Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga Sah : …………………………….......................

 Nama Penuh Ibu Bapa/Penjaga Sah : …………………………….......................

 Tarikh                                                                    : …………………………….......................

 

2.   Privacy Notice

The following is the "Privacy Notice" for the Contest identified below:

 Organiser

 Registered/Primary address: Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Level 34   ,Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur;

 Designation of the contact person : Data Privacy Officer, Unilever (Malaysia)   Holdings Sdn Bhd, Level 34 , Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala   Lumpur. Tel: 03-2246 2188

 

 Contest   Description

 Giant Beli & Menang Bersama Unilever

 Personal Data

 Personal data obtained from you, including within your entry or provided as   part   of the entry submission process or during related administration).

 [This personal data will include for this Contest:

 [name, image/likeness, voice];

 [pictures and videos taken during related events];

 Further Purposes

 [Publicity];

 [Advertising and marketing purposes regarding our products];

 [Educational purposes];

 [Providing you with notice of related products, services, promotions and   events   which may be of interest to you];

 [To respond to your inquiries];

 [For auditing purposes in cases where there has been a dispute];

 

 Third Parties

 The Personal Data may be disclosed to third parties, such as to our   headquarters,   regional offices, subsidiaries, affiliates and/or members within   the Unilever group of companies, and/or our service providers, which may   be  located outside Malaysia, for reasons relating to the Purpose.

 

 Unilever Policy

 Unilever Privacy Policy

 http://www.unileverprivacypolicy.com/en_gb/policy.aspx

 http://www.unileverprivacypolicy.com/BahasaMalaysia/policy.aspx

2.1  All Personal Data requested must be provided in order for you to be eligible to participate in the Contest.         

2.2  The Personal Data will be processed for administration of the Contest (third parties may be involved in this administration).

2.3  The Personal Data may also be processed for the Further Purposes, including by the Third Parties.

 If you wish to:

c.  Access, correct, limit or update your Personal Data collected in relation to the Contest, or to make any inquiries or complaints about the processing of such information,

d.  Require the deletion of the Personal Data, you should contact the Organiser using the following contact information: Data Privacy Officer, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Level 34, Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-2246 2188

2.5  The Personal Data may be disclosed or transferred to the Third Parties (which may be located outside Malaysia) for administration of the of the Contest and/or the Further Purposes.

2.6  For more details on processing of your Personal Data, see the applicable Unilever Group policy.

The following acknowledgement applies in respect of the Privacy Notice. Check box only if you agree to the statement:

 ☐ I am above 18 years and I have read and understood the terms of this Privacy Notice and consent to   the processing of my Personal Data as described above.

 Where Personal Data relates to a minor (below 18 years old)

 ☐ I am the parent/legal guardian of the participating minor ("Data Subject") and I have read and   understood the terms of this Privacy Notice and hereby gives consent to the processing of my   Personal   Data and the Data Subject’s Personal Data as described above.

 

 Full Name of Data Subject                : …………………………….......................

 Signature of Parent/Legal Guardian : …………………………….......................

 Full Name of Parent/Legal Guardian              : …………………………….......................

 Date                                                                       : …………………………….......................